assalamualaikum

.....assalamualaikum.....

Tuesday 1 May 2012

HaKiKaT HiDup WaNiTa...

Kepenatan seorang surirumahtangga sukar untuk dimegertikan . Dari pagi sampai pagi ...dari malam sampai malam kerjanya tidak pernah berhenti....hanya melelapkan mata tandanya sedang berehat....Aduhai diri ...,bertapa penatnya aku yang bergelar surirumahtangga . Namun aku bangga...,dari keringatku anak-anak membesar dari masakan air tanganku...Aku jua seorang isteri dan ibu kepada 7 cahayamata . ....Kadangkala aku menangis mengenangkan bertapa penatnya aku dalam situasi r/tangga namun aku bahagia...Tiada sedikit pun rasa menyesal dalam hidup ini kerana aku jua insan biasa....Pernahkan kita merasakan KECEWA dalam hidup ini...kadangkala ya....kerana itu sukar dinafikan . Hakikatnya...kita bertuah kerana dilahirkan sebagai WANITA...aku isteri dan ibu yang tidak bekerja hakikatnya begitulah....tahap pendidikanku tidak seberapa . Banyak nasihat kuberikan untuk anak-anakku agar belajar dengan jayanya. Aku mahu anak-anakku berjaya kehidupannya...Tiada harga yg bernilai selain kejayaan mereka. Hendak dikatakan HARTA memanglah aku tiada untuk diberikan untuknya....harta yang boleh kuberikan untuknya adalah ILMU.....

No comments:

Post a Comment