assalamualaikum

.....assalamualaikum.....

Wednesday 2 May 2012

ADAM & HAWA

~~~~ ADAM & HAWA ~~~~
   Tak usah diucap , tak usah dilafaz , aku dan mengerti bahasa 
                    cintamu.............
~~~~ EPILOG ~~~~
  Aku menanti ketibaan Am dgn penuh sabar . Sambil menolak stroller dgn penuh hati-hati agar tidak terlanggar sesiapa , aku mengambil tempat untuk mencari kedudukkan paling sesuai agar tidak terlepas dari pandangannya pada kami berdua .
  Dua puluh minit menunggu , kelibatnya masih belum kelihatan . Arissa Nurasyiqin mula tertidur tanpa sedikit pun mengendahkan riuh-rendah suara orang ramai berhampirannya . Penumpang sudah ramai keluar dari balai ketibaan . Tapi bayangan Am masih tidak kelihatan lagi .
  Ke mana Am ?
 Akhirnya , dari jauh kelihatan dia sedang berjalan berseorangan sambil membawa luggage di sebelah tangan kiri dan sebelah tangan kanannya pula membawa patung beruang besar . Matanya tercari-cari kami berdua .
  " Arissa , papa dah balik sayang...." bisikku perlahan pada anakku yg sedang nyenyak tidur .
  Akhirnya , penantianku berakhir bila dia sudah berada di hadapanku . Ingin aku peluk dirinya , namun di khalayak ramai ini , aku paksakan diri melupakan segalanya . Aku mengucup tangannya sebaik sahaja dia mendapatkanku .
 " How are you ?" tanya Am mesra .
 " Okey . Sihat ."
Dia mengusap tanganku . Ternyata perasaan rindu sepanjang perpisahan ini begitu jelas di mata kami .
 " I miss you , dear ."
 " Not as much as I miss you ," balasku sambil tersenyum . Matanya kembali menatapku dgn penuh rasa rindu yg membuak-buak . Dia mengucup dahiku dan kemudian menjatuhkan pandangannya ke arah anak kami .
 " Hello sayang...."
 Mata Arissa membulat memerhatikan kehadiran kami berdua dihadapannya . Am segera mendukung Arissa dan meletakkan bibirnya di kedua belah pipi Arissa yg gebu itu .
 " Anak papa tunggu papa balik ya ?"
 Aku tersenyum sendirian mengingatkan kata-kata terakhirnya yg begitu sinonim setiap kali kami berpisah . Aku tersenyum sambil membelai rambut Arissa yg ikal mayang tidak ubah seperti rambut Auntie Erinnya .
 Am menarik tubuhku dekat lagi dgnnya . Tidak tertahan perasaan itu , dia mengucup dahiku buat kali ke dua .
 " Jom kita balik ," ujar Am .
 Ya , balik ke rumah kami . Disitulah tempat kami mengharungi keindahan berumah tangga bersama . Tanpa dirinya , memang rumah itu sunyi . Tanpa Arissa , kasih sayang kami tidak mungkin seteguh ini .
  Malam itu , ketika berduaan dgn Am di dlm bilik sementara Arissa terus lena di katilnya , Am menghulurkan sebuah beg kertas yg agak eksklusif kpdku . Arissa sudah terima habuannya seawal kami tiba di rmh tadi . Apalagi yg boleh di beli oleh papanya kalau bukan permainan dan beberapa pasang baju .
 Aku tersenyum sambil menerima pemberian itu dgn senang hati . Di dlm beg itu , ada sebuah kotak berwarna keemasan dan di atasnya tertera perkataan MOVADO .
 " Abang beli apa ni ?"
 Dia hanya tersenyum penuh rahsia . " Something special....drpd abang utk isteri abang yg tersayang ."
 "Boleh Ain buka ?"
Am ketawa . "It's yours . Bukalah..."
Aku membuka kotak itu dgn berhati-hati . Di dlmnya ada seutas jam tangan berwarna chrome dan setiap hujung permukaan jam itu dihiasi dgn beberapa butir batu putih jernih yg dikelilingi warna kuning keemasan .
  Itulah pemberian paling bermakna  utkku . Bukan rantai emas atau gelang permata , tetapi seutas jam tangan , satu keperluan yg penting utk menyatakan aku mengingati dirinya setiap saat , setiap detik malah setiap masa .
 " Arissa pun ada hadiah utk papa ." Giliranku pula menghulurkan bungkusan kpdnya .
 Am agak terkejut . Dia membawa keluar sehelai t-shirt yg aku belikan utknya . Dihadapan t-shirt itu tertulis , MY DADDY MY HERO .
 "Haa....inilah baru anak papa ," ucapnya gembira .
Aku tersenyum . Aku gembira bila melihatnya ketawa .
 " Mama tak beli apa-apa utk papa ke ?" usiknya .
 Senyumanku meleret . " Mama tak ada duit nak beli mahal-mahal utk papa . Papa punya taste , expensive ."
 Dia mengerutkan dahi tapi bibirnya terus melebar dgn senyuman . " Pernah ke Am complain selama ini ?" tanya dia pdku . Am keluar dari gurau senda kami suami isteri . Pertanyaannya terus kpdku .
  " Sebenarnya hadiah ni , Ain beli sebagai tanda kasih sayang Ain dan Arissa . Bukan hadiah hari jadi , bukan juga anniversary , tapi sebagai tanda ingatan kami yg tak pernah putus utk abang ." Lantas aku hulurkan satu bungkusan di tanganku kepadanya .
  Sebuah organizernyg siap terukir namanya juga sekeping gambar aku bersama Arissa turut aku selitkan dgn harapan wajah-wajah kami tetap berada di matanya walaupun di celah kesibukannya di pejabat .
  " I love it ," ucap Am sambil merenungku , penuh erti .
Aku tersenyum . "Bang , thank you for the watch ."
Dia hanya membalas dgn senyuman ."Ain dah tengok kad yg abang kasi ?"
Ya , ada sekeping kad di dlmnya . Sebaik membukanya , mataku sudah terpandang tulisan tangan Am....
    
    HAWA DICIPTA DARI TULANG RUSUK ADAM ,
    BUKAN DARI KEPALANYA UTK DIJADIKAN 
    ATASANNYA ,
    BUKAN DARI KAKINYA UTK DIJADIKAN 
    ALASANNYA ,
    MELAINKAN DARI SISINYA UNTUK
    DIJADIKAN TEMAN HIDUPNYA ,
    DEKAT PADA LENGAN UNTUK DILINDUNGINYA
    DAN DEKAT DI HATI UNTUK DICINTAINYA...


Air mataku menitis , menahan sebak . Aku meluru ke arahnya dan memeluknya buat beberapa seketika .
 "Abang , kata-kata ini terlalu dlm maksudnya . Setiap patah yg abang tulis tu , cukup istimewa untuk Ain....."
 " Lah.... kalau suka , kenapa pulak Ain nangis ?"
 " Ain tak sangka suami Ain seorang yg sungguh romantik ."
 " Ain pun tahu kan....yg abang ni memanglah lelaki paling 
   romantis . Berebut-rebut perempuan yg tergila-gilakan 
   abang . Tapi Ain jugak yg abang nak ," gurau Am padaku .
 Aku pandang raut wajahnya . Aku tatap sinar kebahagiaan di matanya .
 " Terima kasih untuk kehidupan kita , bang . Dan terima kasih kerana kebahagiaan yg Ain rasakan selama ni . I love it , and I love you . Thank you ."
 "Thank you to you too ," ucap Am kepadaku penuh erti .
 Aku sungguh bahagia kerana menyintai dan dicintai oleh lelaki seperti Am . Betapa peliknya kehidupan ini . Disaat aku cuba menanamkan rasa benci terhadapnya , tidak sekalipun dia menolak aku jauh daripadanya . Masih tetap mengasihaniku dari jauh . Masih menyanyangiku dalam diam .
 Ya ALLah , Ya TUHANku . Aki amat bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yg amat menyayangiku serta permata hati yg menyinari lagi rumah tangga kami . Dan aku jua..................akan sentiasa membahagiakannya seperti dia memberi kebahagiaan dalam hidupku .
  Dan , dalam keheningan malam ini , sempat aku titipkan doa pada Yang Maha Esa agar kebahagiaan yang aku rasakan ini akan di nikmati hingga ke akhir nafas kami .




```````` SEBUAH NOVEL , AISYA SOFEA ``````````

1 comment:

  1. terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya.Kunjung balas & SALAM KENAL dari saya..
    Wanita memang perlu dihargai, terharu juga saya baca coretan ini, tanda kasih sayang suami pd isteri bukan satu perjudian..moga berpanjangan ikatan Princess dgn suamitercinta..

    ReplyDelete