assalamualaikum

.....assalamualaikum.....

Tuesday 1 May 2012

Gemersik Kalbu

~~~ GEMERSIK KALBU ~~~
       Mengapa
       berpaut pada kenangan
       sedangkan impian
       boleh dicapai.......

......Raihana...pertama kali kutatap wajahmu , ada getar yang menusuk dikalbu . Saat itu , hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpi . Meskipun tawamu nampak bahagia , mengapa bening mata itu bersalut duka ? Andainya kau pernah terluka , izinkan aku mengubatinya . Namun , jawapanmu sering menyongsang makna . Tinggal harapanku tergapai-gapai , kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu . Lelah jasadku dek tipu helahmu . Berkali-kali kuulang...aku lelaki yang tak tahu malu . Sayangnya....bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku . Belajarlah menerima hakikat , aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan ! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas !
......Sufian...cinta bukan paksaan . Cinta juga bukan simpati . Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini . Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu . Mengertilah.......semuanya bukan kemahuan fikiran . Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi . Biarpun bayang duka merantai hidup ini , tapi aku tetap rela .
Bukahkah sudah berkali-kali kubilang , belajarlah jadi lelaki yang waras . Sekelumit pun tiada namamu diruang hati ini . Tapi godaanmu mengekoriku walau dimana . Kau terus memburu , sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu . Biar didera ataupun dipaksa , namun hatiku tidak serapuh salju !

~~~~EPILOG~~~~
.....Iza Suhana binti Ahmad Sufian .
Permata hati kami ini lahir pada Nuzul Quran lima tahun yang lalu hasil daripada ikatan cinta bertunjangkan kesabaran Sufian . Aku harus akui , kalaulah tidak kerana kesungguhan Sufian , ikatan perkhawinan kami mungkin sudah terlerai dan terhumban ke lembah kehancuran .
   Sebenarnya , inilah kali kedua kami meraikan ulang tahun kelahirannya dirumah kami sendiri di Kota Kemuning . Namun pada kali ini aku tidak dapat bergerak dengan cerdas kerana keadaanku kini yang sarat menunggu hari kelahiran anak ketiga . Selepas bersama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi , meniup lilin dan memotong kek , aku mencium pipi Iza Suhana .
   Batrisya , puteri kedua kami menangis minta didukung sebaik sahaja nampak Sufian . Dia yang baru berusia 2 tahun ini asyik merengek kerana tidurnya terganggu dek keriuhan suasana sekeliling . Sufian meletakkan Batrisya di sebelahku . Aku mengusap dan mencium rambutnya . Kesian Batrisya , belum puas bermanja , tidak lama lagi dia akan beradik pula ."Kenapa cucu nenek ni masam aje !" sapa Umi yang baru sampai bersama Pak Wan dan Wan Surina .
"Tak puas tidur.....tu yang moyok tu ,"jelasku .
"Dah sarat benar nampaknya , bila due ?" soal Umi .
Ceria nada suaranya bagaikan sengaja dibuat-buat . Aku sedia mengerti , tetapi tidak mahu mengingat kenangan lalu pada saat begini . Yang lepas , biarlah berlalu pergi .
"Tengah tunggu hari....dah rasa tak selesa ," luahku .
Kemudian Umi bangun dan mendapatkan cucunya pula .
Aku menggamitkan tangan memanggil Sufian .
"Tak berapa selesa ," kataku pada Sufian .
Daripada riak wajahku , tentu Sufian dapat meneka yang adik Iza Suhana dan Batrisya dalam ' perjalanan ' untuk melihat dunia .
"Ana ! kita pergi hospital !"

  Tangisan si kecil kedengaran nyaring memenuhi ruang . Kelahiran seorang putera yang melengkapkan kebahagiaan yang melingkari hidup kami .
   "Terima kasih , Ana ," ucap Sufian tatkala mengucup dahiku . Rasa bahagiaku tidak terucap dalam kata-kata .
   Sunat muakat melaungkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak yang baru lahir bertujuan untuk mengingatkan kembali si anak tentang perjanjian dengan ALLAH di alam rohani . Mersik suara Sufian mengalunkan azan dan iqamat menghantar kesyahduan , meresap jauh hingga ke dasar hatiku . Sejenak aku terdiam , mengucap syukur ke hadrat ILLAHI kerana menganugerahkan kebahagiaan ini .

No comments:

Post a Comment